Aku & Fesyen bukannya blog mewah untuk ditiru oleh orang ramai...tetapi hanyalah blog kebanyakan yang ingin berkongsi tips, citarasa dan pandangan berhubung fesyen orang kebanyakan seperti aku, aku dan aku.....kepada yang sudi membaca, memfollow atau berkongsi pandangan amatlah dialu-alukan...jika ada yang ingin mengkritik pun biarlah berpada-pada....Selamat Berfesyen....

Sunday 19 June 2011

Fesyen Harajuku

Harajuku.....korang penah dengar tak??? tengahari tadi tengok Nona...ada sedikit slot berkenaan fesyen Harajuku...apa tu fesyen harajuku???akupun baru tau...memang penah aku tengok remaja berpakaian macam tu...dan aku dah agak budaya tu tentu dtgnya tak dari korea..taiwan atau jepun...sbb diaorg ni selalu pelik sikit....

Actualy...harajuku adalah fesyen yang menjadi kegilaan ramai remaja Jepun...dan kini menular ke Malaysia...harajuku diambil sempena nama sebuah station iaitu Harajuku Station yang terletak di Yamanote Line di Shibuya Ward of Tokyo...

Setiap hari Ahad, remaja-remaja Jepun ni akan berkumpul di kawasan tersebut dengan memakai pelbagai fesyen anataranya seperti gothic lalita....kalau korang nak tau fesyen ni akan memakai baju dengan padanan warna yang tak match langsung....tiada keterbatasan dalam cara berpakaian...mereka akan menyuaipadan dengan pelbagai warna...contohnya...baju merah....skirt kuning...stokin hijau...pakai gelang berwarna warni dengan make up yang menonjol....cuba tgk beberapa gambar fesyen harajuku di Jepun ni...


Korang tengoklah sendiri...pelikkan?? kalau ya nak berfesyen pun jangan le keterlaluan macam ni...bak kata budak yang meminati fesyen harajuku ni tadi dalam Nona...dia nampak cute bila berpakaian harajuku...baju hijau...stokin panjang kuning....cekak rambut merah...rantai kuning...gelang bermacam warna...


Ushhhh....mengucap panjang aku kalau anak aku pakai cenggitu.....



Kepada ibu-ibu diluar sana...walaupun anak anda minat dengan fesyen sebegini....nasihat-nasihatkanlah...jangan la keterlaluan....bukan budaya dan agama kita meniru cara berpakaian sebegini rupa....

No comments:

Post a Comment